Saturday, 25 August 2012

Aidilfitri 2012

Alhamdulillah..

Dah habis pon berhari raya and dah start kerja pon.

Cuti hari raya tahun ni dimulakan hari khamis sebelum raya dengan upacara balik kg yang santai2 je. Nasib baik Aqeela i dah post balik Senawang dengan Acik Ina. So my travel balik raya starts from Puchong. Jalan dari Puchong ke Senawang pon jem sikit2 je. Singgah rumah Kak Nomi and straight away balik ke Keratong dengan berbekalkan McD tapau je. Jalan ke Keratong pon tak jem.Mungkin orang tak start balik kg lagi.

Hari jumaat pagi tader aktiviti ape pon. Semua orang keluar. We and Bak beli barang. I malas nk ikut. Nak peram diri je kat umah. Lepas tu petang pergi pekan sehari dengan Awanis dan Iman. Sian Man, kena jalan jauh kan? letih je dia. Tapi taper, along beli kan solivite kan?hehe..Lepas tu pergi bandar cari barang lagi.

Hari Sabtu start bizi dah. Tapi malangnya I sakit perot. cirit birit. Jadi tahun ni tolong goreng kacang separuh jalan je. Daging langsung tak sentuh. Nasib baik menantu2 Bak ada nak tolong proses semua tu. hehe. Oleh kerana i tak larat, i pon tertido-tido je. Aqeela amik tender kemas ruang tamu. I pon pelik macam mana anak2 yang kat umah tu boleh dengar je cakap dia. Waktu die mengemas semua budak2 tu tak berani anik kat ruang tamu. haha. Duduk dapur or dalam bilik or kat luar je. Hebat2. Tahun depan leh suruh Aqeela buat lagi.

Raya pertama pon biasa2 je. Sebab semua orang beraya di rumah mertua masing2 di pagi raya. So tak ramai yang ada. Kami2 yang bujang and Anjang je. Andak pulak balik dari rumah mertua dalam pukul 11 am, bersalaman pukul 1 pm dan balik semula ke rumah mertua. Orang lain, emm bz di rumah mertua mereka la tu. Gambar pon tak banyak sebab photographer rasmi tader. Terpaksa bekerja di hari raya. hehe. Kami adik beradi ke kubur Mak lepas orang balik sembahyang raya. Kali ni We dengan Ema pon ikut sekali. Tahun ni buat pertama kali Emi baca doa selepas yasin. Aqeela dengan Ema nak buat iklan BErnas, tapi tak berjaya. haha. Mintak maaf mak, raya tahun ni kakak masih lagi datang seorang. InsyaAllah tahun depan akan cuba datang berdua. hehe.

Raya kedua, start dah hectic. Kami (Along era, Angah Wanis, Acu Ema and Acik Kila) bersiap2 di awal pagi untuk ke Maran. Rumah Acik Ina. Kak Long buat makan2 sempena hari raya dan kehadiran baby baru. Adam. Lepas tu berhari raya ke rumah Busu Katan di Jengka. Semua orang pergi, dan semua orang bawak kerete masing2. So, tader harapan la I nk relax2. I la satu2 nya driver wanita malam tu. Nak buat macam mana, single lady. hehe. tapi Alhamdulillah, konvoi 7 kereta selamat sampai di Keratong lebih kurang pukul 12 am ++.

Raya ketiga pulak kami adik beradik bersiap2 ke Melaka. Yela, dah lama tak balik. Kesian jugak ayah. Mesti la nk bawak anak2 pergi berjumpa sanak saudara belah sana pulak kan. Kami lalu Gemencheh. Sampai je makan2 dah rest. hehe. Macam jauh je. Lepas tu malam pulak siap2 pergi beraya.

Raya keempat, dah habis beraya, kami pon bersiap2 nak balikKeratong. Kali ni kami lalu highway, keluar Tangkak dan masuk Segamat. Sebab Awanis sibuk nk singgah kedai rambut kegermaran die. apetah nama kedai tu. dekat area kedai belakang KFC. I pon amik kesempatan untuk layer kan rambut yang tebal dan tak terkawal ni.  Kami sampai rumah dalam pukul 7.30 pm dah. Malam tu gigh kan diri basuh baju sebab esoknya dah nak balik KL pulak.

Raya kelima, pagi2 dah bangun sidai baju. Hantar kereta basuh sebab ada kesan merah melecun hari tu. Lepas tu pergi kedai beli bedak sejuk rambai, ingat kan singgah kedai 2 ringgit nk beli bekas plastik buat bungkus lauk. tapi orang kedai baru tambah stok barang baru then campak je barang2 tu and tutup laluan. macam mana aku nk amik bekas tu. kesudahannya, beli plastik dengan getah gelang tu sudah. lepas bungkus2 (Cik Da ngan Angah yang bungkus) siap2 terus balik kl. Jalan pon tak jem sangat, tapi banyank kereta la.huhu. Lepas tu singgah rnr Nilai sebab Aqeela nak berjalan ngan Ijad pulak. Sampai umah pukul 7.30.

Itu je la kejadian raya kali ni. Langsung tader jumpa kawan2. taper2 raya kan sebulan. hehe.